Skip to main content

Laman Web hotel ni betul ke murah?


Teringin nak berjalan-jalan bawak anak bini makan angin tido kat hotel yang ada swimming pool. Maka si papa pun bukak la trivago ke agoda ker untuk buat booking. Ada banyak lagi web-web penginapan hotel macam ni yang buat iklan konon dia lah yang paling murah dia seantero malaysia ni.

Sebenarnya di antara keduanya lebih kurang jer. Harga dipaparan dengan harga yang ditempah lain dan berbeza. Kalau ada perbezaan tak jauh sangat. Bak kata orang dulu-dulu berkejar berlari sama ajer. Laman-laman web ni biasanya memainkan emosi pelawatnya dengan perkataan "cepat" "terhad" "hanya tinggal 5 bilik sahaja lagi. Sebenarnya itu semua bahasa-bahasa marketing nak suruh korang booking cepat-cepat.

Pihak hotel pun bukan main lagi memainkan peranan yang penting dalam "marketing scheme" ni. Kalau tak caya ko cuba call hotel, dia akan cakap kat ko suruh booking kat internet dan bagi nak memastikan ko buat booking kat internet dia akan bagi harga tak munasabah bila ko tanya rate 1 malam di hotel mereka. Seolah-olah macam diaorang ni tak kesah bagitau harga bayar kat hotel jauh lagi mahal dari harga kalau booking kat internet.

Kalau nak jadi pengguna yang bijak, aku boleh sarankan beberapa perkara sebelum ko buat booking. Jadikanlah laman-laman web ni sebagai panduan harga. Sebenarnya sebagai pengguna kalau nak dapat harga super murah memang jangan mimpi, tapi yang ko boleh mimpikan ialah nak dapat harga yang patut.

Apa yang ko perlu buat ialah

1. Buat perbandingan sebanyak mungkin diantara laman-laman web hotel ni.
2. Lepas buat perbandingan, ko buat panggilan ke hotel berkenaan dan tanya rate dia.
3. Baru decide nak tempah kat web atau kat hotel.

Kenapa nak buat macam nie?
Aku dah kena sekali. Aku fikir dah dapat harga paling murah dengan web-web booking hotel ni. Sekali aku call harga bayar kat hotel lagi murah dari booking kat internet. Dan yang paling biasa, harga kat hotel lagi mahal dari booking kat internet. Keyword dia kat sini ialah "bandingkan"!!!. hmmm ... apsal aku bunyi macam trivago jer hahaha belasah je la.

Kat sini tulis RM 250

 
Bila bayar RM 264.73



Comments

Popular posts from this blog

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Memang Best.

Kalau belum gi tengok bawak la anak-anak pergi menonton filem animasi tempatan ni. Filem ni memang bagus dan tak salah kalau aku cakap ianya setanding dengan Pixar atau Dreamworks. Tak payah lah tunggu yang cetak rompak keluar ia akan merugikan industri itu sendiri. Masa tengah tayang ni belanja la anak-anak gi tengok wayang keluar modal sikit. Filem upin ipin kali ni memang berbeza dari tema dan konsep yang sebelum ni tapi kalau aku cerita semua kat sini memang spoil la! Apa aku boleh cakap cerita kali ini memasukkan semua watak-watak yang korang pernah dengar dalam dongeng melayu, tapi tidak lah pula membawa cerita watak-watak yang berkenaan. Watak-watak dongeng ini berlakon atas jalan cerita siamang tunggal. Ada lah diselitkan sikit-sikit cerita berkenaan tapi lebih untuk memperkenalkan watak kepada penonton cilik. Kalau rasa tiket wayang tu mahal ko pegi la waktu pagi. Sekarang ni tgv ada promosi kalau beli tiket untuk tayangan sebelum pukul 12 dapat rm8.00 kan tu d...

Lebuhraya Plus yang dikuasai oleh Benelli.

Jangan percaya tajuk kat atas tu.Aku saja je tak tau nak tulis tajuk apa. Sabtu lepas selepas puas dibodek oleh anak manja kesayangan makanya bermula la trip untuk melawat haiwan kat zoo taiping. Sekali bangun pun dah lambat tetiba rasa malas nak travel tu pun datang. Aku pun google zoo negara sekali harga tiket punya la mahal. Kalau aku, bini dan anak-anak semua sekali rm123. Emm.. tak perlah kita go ahead jer lah dengan plan nak pergi zoo taiping tu. Tiket masuk kat zoo taiping tu takde lah semahal harga tiket zoo negara. Harga tiket untuk 4 orang hampir nak sama dengan 1 keping tiket dewasa zoo negara. Zaman kerajaan baru semua mahal ni kena la berjimat cermat :) All set good to go maka kami bertolak dari bukit jalil ke destinasi impian kami. Alhamdulillah perjalanana semuanya lancar dan selamat adanya. Di temani dengan pemandangan bukit2 batu kapur yang indah di tarah atas nama kemajuan dan pembangunan dan tak dilupa iklan motorsikal jenama benelli yang akan...