Kalau belum gi tengok bawak la anak-anak pergi menonton filem animasi tempatan ni. Filem ni memang bagus dan tak salah kalau aku cakap ianya setanding dengan Pixar atau Dreamworks. Tak payah lah tunggu yang cetak rompak keluar ia akan merugikan industri itu sendiri. Masa tengah tayang ni belanja la anak-anak gi tengok wayang keluar modal sikit.
Filem upin ipin kali ni memang berbeza dari tema dan konsep yang sebelum ni tapi kalau aku cerita semua kat sini memang spoil la! Apa aku boleh cakap cerita kali ini memasukkan semua watak-watak yang korang pernah dengar dalam dongeng melayu, tapi tidak lah pula membawa cerita watak-watak yang berkenaan. Watak-watak dongeng ini berlakon atas jalan cerita siamang tunggal. Ada lah diselitkan sikit-sikit cerita berkenaan tapi lebih untuk memperkenalkan watak kepada penonton cilik.
Kalau rasa tiket wayang tu mahal ko pegi la waktu pagi. Sekarang ni tgv ada promosi kalau beli tiket untuk tayangan sebelum pukul 12 dapat rm8.00 kan tu diskaun 50%. Jangan lupa gi tonton kita kasi up dan bagi semangat kepada syarikat animasi melayu untuk keluarkan lebih banyak filem animasi melayu yang berkualiti.
Anak - anak suka betul dengan lagu ni.
Comments
Post a Comment