Skip to main content

Teknik Meng-awankan gambar-gambar dalam phone.



Zaman sekarang ni mana ada orang simpan kat henpon dengan pc semuanya kalau boleh nak simpan online jer. Sebabnya senang nak akses semula. Ada hp yang ada data/wifi terus boleh tengok balik koleksi gambar dan video peribadi korang yang diupload. Kelebihan mengupload ke cloud storage atau bahasa melayunya Storan kayangan(awan) mana la tau kalau hp/pc/laptop korang rosak dan datan tak boleh didapatkan semula korang masih ada backup.

Antara storan awan yang aku suka pakai : -

1. Google Drive

Google Drive
Yang ni bukan sahaja free tapi kapasiti ruang storan untuk simpanan dia bapak besar! 15 GB boleh simpan banyak-banyak-banyak-banyak gambar dengan tak payah bayar 1 sen pun. Kalau nak mudah ko download app google drive kat playstore dan boleh mula upload gambar-gambar korang. 

2. Microsoft One Drive 

OneDrive
Microsoft One Drive ni pun free walaubagaimana pun OneDrive ada pilihan untuk berbayar bagi yang memerlukan ruang storan yang lebih besar. One drive untuk akaun percuma akan diberi ruang sebesar 5 GB. 

3. Facebook PAGE

Ya betul! aku gunakan facebook page sebagai tempat simpanan gambar aku. Dengan setting yang betul ko akan dapat ruang storan tanpa had bagi menyimpan gambar dan video peribadi korang. Dan yang paling best korang boleh add ahli keluarga korang sahaja yang boleh melihat dan menonton video yang diupload dalam page tersebut. Pastikan facebook page korang disetkan kepada secret supaya ianya terhad kepada ahli-ahli didalamnya sahaja. Untuk menggunakan facebook page sebagai ruang storan ni memerlukan konfigurasi yang teliti supaya ianya selamat.





Comments

Popular posts from this blog

Laman Web hotel ni betul ke murah?

Teringin nak berjalan-jalan bawak anak bini makan angin tido kat hotel yang ada swimming pool. Maka si papa pun bukak la trivago ke agoda ker untuk buat booking. Ada banyak lagi web-web penginapan hotel macam ni yang buat iklan konon dia lah yang paling murah dia seantero malaysia ni. Sebenarnya di antara keduanya lebih kurang jer. Harga dipaparan dengan harga yang ditempah lain dan berbeza. Kalau ada perbezaan tak jauh sangat. Bak kata orang dulu-dulu berkejar berlari sama ajer. Laman-laman web ni biasanya memainkan emosi pelawatnya dengan perkataan "cepat" "terhad" "hanya tinggal 5 bilik sahaja lagi. Sebenarnya itu semua bahasa-bahasa marketing nak suruh korang booking cepat-cepat. Pihak hotel pun bukan main lagi memainkan peranan yang penting dalam "marketing scheme" ni. Kalau tak caya ko cuba call hotel, dia akan cakap kat ko suruh booking kat internet dan bagi nak memastikan ko buat booking kat internet dia akan bagi harga tak munasabah b

Lebuhraya Plus yang dikuasai oleh Benelli.

Jangan percaya tajuk kat atas tu.Aku saja je tak tau nak tulis tajuk apa. Sabtu lepas selepas puas dibodek oleh anak manja kesayangan makanya bermula la trip untuk melawat haiwan kat zoo taiping. Sekali bangun pun dah lambat tetiba rasa malas nak travel tu pun datang. Aku pun google zoo negara sekali harga tiket punya la mahal. Kalau aku, bini dan anak-anak semua sekali rm123. Emm.. tak perlah kita go ahead jer lah dengan plan nak pergi zoo taiping tu. Tiket masuk kat zoo taiping tu takde lah semahal harga tiket zoo negara. Harga tiket untuk 4 orang hampir nak sama dengan 1 keping tiket dewasa zoo negara. Zaman kerajaan baru semua mahal ni kena la berjimat cermat :) All set good to go maka kami bertolak dari bukit jalil ke destinasi impian kami. Alhamdulillah perjalanana semuanya lancar dan selamat adanya. Di temani dengan pemandangan bukit2 batu kapur yang indah di tarah atas nama kemajuan dan pembangunan dan tak dilupa iklan motorsikal jenama benelli yang akan korang temui