Skip to main content

Lebuhraya Plus yang dikuasai oleh Benelli.

Jangan percaya tajuk kat atas tu.Aku saja je tak tau nak tulis tajuk apa. Sabtu lepas selepas puas dibodek oleh anak manja kesayangan makanya bermula la trip untuk melawat haiwan kat zoo taiping. Sekali bangun pun dah lambat tetiba rasa malas nak travel tu pun datang. Aku pun google zoo negara sekali harga tiket punya la mahal.


Kalau aku, bini dan anak-anak semua sekali rm123. Emm.. tak perlah kita go ahead jer lah dengan plan nak pergi zoo taiping tu. Tiket masuk kat zoo taiping tu takde lah semahal harga tiket zoo negara. Harga tiket untuk 4 orang hampir nak sama dengan 1 keping tiket dewasa zoo negara.


Zaman kerajaan baru semua mahal ni kena la berjimat cermat :) All set good to go maka kami bertolak dari bukit jalil ke destinasi impian kami. Alhamdulillah perjalanana semuanya lancar dan selamat adanya. Di temani dengan pemandangan bukit2 batu kapur yang indah di tarah atas nama kemajuan dan pembangunan dan tak dilupa iklan motorsikal jenama benelli yang akan korang temui sepanjang menghala ke utara. Selang 5km mesti ada 1 iklan besar motorsikal benelli. Promosi besar-besaran sempena nak raya ni kot.


Dari bukit jalil nak menyampai ke Zoo Taiping tu jauh jugak mau dekat 4 jam. Mungkin cara aku bawak kereta yang santai dan bersahaja yang buatkan aku sampai lambat hahaha. Takpe asalkan selamat ye tak. 


Dah sampai tu sebelum masuk tu kita pukui la satu gambar gitu. Masuk je terus beratur nak naik mini train. Naik train ni free jer cuma bab nak beratur tu ya ampun. Sebab masa kami sampai ada geng budak tadika tengah beratur nak naik sekali. Nasib tunggu tak lama pasal train nya ada banyak jugak. 

Muka heppi tunggu train hahaha
Kebetulan kami dapat jer naik train tu maka hujan pun turun dengan lebatnya. Jadi hewan2 semua walaupun dipanggil oleh jurupandu train enggan keluar dari tempat persembunyian sebab takut demam kena hujan.



Yang terpaksa keluar pun sebab memang takde tempat nak menyorok. Kalau ada tempat menyorok ko pasang la loud speaker besar lori pun tak maunya keluar. Petang tu aku, bini dan anak2 check in kat hotel seri malaysia taiping. Aku dah booking seminggu awal kat agoda dapat harga rm146.28 untuk weekend dah kira murah la bagi aku. Biasa weekend ni traveller akan dibelasah dengan surcharge. Aku suka hotel seri malaysia ni sebab hotel ni ada pool dan pool dia tak payah nak pakai spenda kalau nak terjun ke dalam. 



Tapi ini kali hotel seri malaysia taiping ni memang fail la. Bini aku komplen pool untuk kanak2 tu ada bau hancing. Nampak sangat pihak hotel tak jaga kebersihan pool ni. Jadi part yang nie memang aku rasa kecewa skit. Anak-anak pun macam tak heppi jer terjun pool ni. Takpe lupakan pasal pool.

 


Malam tu kami ubati hati yang lara dengan makan! ya makan boleh menggembirakan hati hahaha. Aku menggoogle ramai kata yong tau foo ni makanan rasmi rakyat taiping jadi aku set waze kat pusat penjaja taiping belakang balai bomba dengan 1 misi utama iaitu membedal sotong kangkung. Makan kat sini memang tak mengecewakan. Bini aku pun kata sedap. Bak kata orang putih I'm happy if you are happy too. Perut dah kenyang balik hotel dan tido. Bangun pagi sarapan kat hotel dan balik bilik siap2 nak check out. Breakfast kat hotel biasa2 jer takde benda nak di war-warkan hahaha. 

Sebelum balik ke kampung halaman kita singgah ke taman tasik taiping pukul gambar sekeping 2 untuk dibuat kenangan. 








Kesimpulan bajet kali ni 
Minyak - rm 80 2 hala
Tol - rm 65.80 (jalan duta - changkat) 
Tiket zoo - rm 48 ( rm 16 dewasa, rm 8 kanak2) 
Hotel - rm 146.28 
Makan yong tau foo - rm 57 ( makan yong tau foo, air, nasi ayam, nasi goreng seafood) 
Semua sekali rm 397.08 






Comments

Popular posts from this blog

Teknik Meng-awankan gambar-gambar dalam phone.

Zaman sekarang ni mana ada orang simpan kat henpon dengan pc semuanya kalau boleh nak simpan online jer. Sebabnya senang nak akses semula. Ada hp yang ada data/wifi terus boleh tengok balik koleksi gambar dan video peribadi korang yang diupload. Kelebihan mengupload ke cloud storage atau bahasa melayunya Storan kayangan(awan) mana la tau kalau hp/pc/laptop korang rosak dan datan tak boleh didapatkan semula korang masih ada backup. Antara storan awan yang aku suka pakai : - 1. Google Drive Google Driv e Yang ni bukan sahaja free tapi kapasiti ruang storan untuk simpanan dia bapak besar! 15 GB boleh simpan banyak-banyak-banyak-banyak gambar dengan tak payah bayar 1 sen pun. Kalau nak mudah ko download app google drive kat playstore dan boleh mula upload gambar-gambar korang.  2. Microsoft One Drive  OneDrive Microsoft One Drive ni pun free walaubagaimana pun OneDrive ada pilihan untuk berbayar bagi yang memerlukan ruang storan yang lebih besar. One drive untuk

Laman Web hotel ni betul ke murah?

Teringin nak berjalan-jalan bawak anak bini makan angin tido kat hotel yang ada swimming pool. Maka si papa pun bukak la trivago ke agoda ker untuk buat booking. Ada banyak lagi web-web penginapan hotel macam ni yang buat iklan konon dia lah yang paling murah dia seantero malaysia ni. Sebenarnya di antara keduanya lebih kurang jer. Harga dipaparan dengan harga yang ditempah lain dan berbeza. Kalau ada perbezaan tak jauh sangat. Bak kata orang dulu-dulu berkejar berlari sama ajer. Laman-laman web ni biasanya memainkan emosi pelawatnya dengan perkataan "cepat" "terhad" "hanya tinggal 5 bilik sahaja lagi. Sebenarnya itu semua bahasa-bahasa marketing nak suruh korang booking cepat-cepat. Pihak hotel pun bukan main lagi memainkan peranan yang penting dalam "marketing scheme" ni. Kalau tak caya ko cuba call hotel, dia akan cakap kat ko suruh booking kat internet dan bagi nak memastikan ko buat booking kat internet dia akan bagi harga tak munasabah b